Wednesday, March 3, 2010
Itik angsa
Gambar di bawah menunjukkan sepasang itik angsa yang telah berjaya ditetas oleh inkubator aku. Kebiasaanya itik angsa mengambil masa selama sebulan untuk menetas. Tetapi anak itik angsa yang besar kat dalam dalam gambar dibawah menetas pada hari ke 23 manakala yang kecil tu menetas pada hari ke 27. Begitu juga terjadi dengan ayam piru yang aku eram. Setakat ini paling awal menetas ialah pada hari ke 18 dan selewatnya pada hari ke 28. Bagi ayam kampung pula diantara 16 dan 23 hari. Walaupun menetas diluar waktu, ayam dan itik aku ni sihat saja, takdak masalah pun. Begitulah hayat itik angsa ni, hanya bertahan seminggu sahaja...telah dijual kepada orang dengan harga RM 50 sahaja sepasang. Aku taknaklah jual macam orang lain..yang menjual pada harga di antara RM 80 dan RM 120 sepasang. Itik angsa yang berumur 4 minggu aku bercadang nak jual RM 65 saja sepasang. Itupun dah untung..Hidup ni jangan tamak sangat nanti RUGI...
Mendidik anak ayam
Anak ayam yang baru menetas dari inkubator memerlukan penjagaan yang rapi, seperti mana ibu ayam menjaga anak - anaknya. Kegagalan kita menyediakan persekitaran yang sesuai akan menyebabkan terencat pembesarannya serta meningkatkan kadar kematian. Di menorafarm ujian sedang dijalankan ke atas 100 ekor sampel anak ayam yang menetas dari inkubator. Ujian dijalankan bermula 1/3/10 dan berakhir pada 1/4/10. Objektif ujian ini ialah untuk mendapatkan satu kaedah penjagaan anak ayam yang bersistemmatik serta sifar kematian.
Antara pemerhatian yang dilakukan:
Sebanyak 45 ekor anak ayam diletakkan dalam satu booder seluar 2 X 3 kaki persegi selama seminggu. Selepas seminggu hanya dua ekor yang mati dan dua ekor lagi sedang monyok. Dedak dan air dibiarkan 24 jam berada dalam booder. Vitamin pula diberikan apabila anak ayam berusia lebih dari seminggu, dicampurkan dengan air tanpa klorin. Dedak dan berat anak ayam ditimbang setiap hari. Selepas seminggu anak ayam ini akan dipindahkan pula ke booder yang lebih besar, berlantaikan pasir serta terdedah kepada cahaya matahari pada waktu pagi. Lampu hanya dipasang pada waktu malam.Kaedah kedua pula dilakukan dengan meletakkan hanya 10 ekor sahaja anak ayam dalam setiap booder yang dipasang lampu 15 watt. Anak ayam yang berusia lebih dari tiga minggu akan dicampukan sekali. Kaedah ini menampakkan hasil yang lebih memeberangsangkan. Pembesaran anak ayam lebih cepat, cerdas dan sasaran sifar kematian dapat di capai.
Anak-anak ayam yang berusia sebulan akan dilepaskan ke tanah. Selepas berusia 6 minggu anak-anak ayam ini akan dicampurkan bersama dengan ayam-ayam dewasa yang lain. Kaedah ini didapati anak ayam cepat membesar, berani, cerdas dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Gambar di bawah menunjukkan anak-anak ayam yang telah berjaya melepasi zon umur kritikal.
Subscribe to:
Posts (Atom)