Wednesday, July 28, 2010

Masalah berkaitan anak ayam

Assalamualaikum....

Dah lama rasanya aku tak menulis dalam blok ini..Perkara ini berlaku disebabkan aku berasa agak kecewa juga kerana pada bulan mei dan penghujung jun banyak anak ayam yang terpaksa dikorbankan, lebih kurang 250 ekor. Kebanyakkan anak ayam itu pula berusia diantara sebulan hingga dua bulan.

Aku telah menjemput pejabat haiwan untuk membuat pemeriksaan. Mereka telah menasihatkan aku memusnahkan atau mengasingkan ketempat yang jauh ayam yang mengalami masalah sakit mata, batuk, demam dan lain-lain tanda yang tidak sihat. Mereka juga mengambil contoh ke makmal Bukit Tengah. Dan hasil ujian makmal menunjukkan ayam aku terkena jangkitan POXVIRUS dan memerlukan ubat yang bernama unprolium. Jenuh cari ubat ni tak jumpa sampai hari ni...

Jalan yang mudah aku ambil..ialah aku sembelih ayam ini dengan secara terhormat..Cuma yang beza niatnya sahaja..niat mematikan ayam ini dengan elok..bukan untuk makan. Aku membeli ubat..tah tak nahu nama pulak kat padang serai 1/2 kilo harganya RM60.. Aku masukkan dalam bekas minuman untuk semua jenis ayam..Selepas aku sembelih ayam-ayam tu...tak ada lagi ayam-ayam yang sihat yang kena sakit. Kuman poxvirus ni jangkit melalui najis ayam dan juga tempat-tempat yang lembab seperti bekas makan, minuman dan lantai dalam reban.

Punca sebenar ayam aku kena penyakit, ialah aku tamak sangat. Beli anak-anak ayam kampung yang berusia sehari dua dari orang kampung yang ditetaskan oleh ibu ayam sendiri. Selepas ayam aku banyak kena sakit, aku pi check balik kat rumah orang yang aku beli ayam, aku tengok banyak ayam depa tak kira kecik besar demam, ada yang mati atas jalan, monyok, keluar air kot mulut dan macam-macam lagi. Nasib baik ayam aku yang lebih dari 2 bulan tak kena. Punca kedua virus ni cepat menular ialah aku bagi anak ayam yang berusia 3 minggu makan nasi dan bihun...bekas makan tu lembab dan ini menyebabkan kuman cepat merebak lagi.

Selepas aku mengalami masalah ini:
1. Aku telah membuat banyak brooder atau reban asuh bersaiz 3 X 3 kaki untuk menempatkan sebanyak 30 ekor anak ayam setiap brooder tersebut.
2. Bagi anak ayam berumur di bawah sebulan lantai brooder, aku lapik guni dan letakkan pasir bercampur dengan sedikit habuk kayu. Dalam brooder ni anak ayam yang berusia lebih dari tiga minggu lampu sudah tidak dipasang lagi.
3. Pasir yang mula menunjuk tanda-tanda lembapan hendaklah ditukar.
4. Anak ayam di bawah sebulan ditempatkan dalam brooder yang dipasang jaring nyamuk.
5. Mana-mana anak ayam yang menunjukkan tanda tidak sihat diasingkan atau sembelih.
6. Anak ayam diberi makan dedak atau benda-benda kering sehingga umur 2 bulan.
7. Anak ayam ditempatkan dalam brooder hingga umur 2 bulan.

Alhamdulillah sekarang anak ayam dah kembali banyak.

1 comment:

  1. assalamualaikum...

    tolong bagi no tel boleh tak?

    saya berminat untuk mengetahui lebih lanjut...

    aznalhelmi@yahoo.com.my

    ReplyDelete