Tuesday, June 7, 2011

Ayam Hutan Ori







Anak ayam hutan ori yang berusia lebih kurang 2 bulan ini saya tetaskan dengan menggunakan inkubator. Telur ayam hutan ini biasanya di jumpai oleh orang kampung ketika menoreh getah. Mengikut pengalaman, sarang ayam hutan yang telah dijumpai oleh manusia akan ditinggalkan oleh ibunya. Biasanya bilangan telur yang dijumpai adalah 3 dan 5 biji sahaja. Peratus penetasan telur ayam hutan ini mencapai 80%. Anak ayam hutan yang menetas ini saya campurkan dengan anak ayam kampung asli supaya ia biasa memakan dedak.







No comments:

Post a Comment