Wednesday, January 27, 2010

Projek Fasa Dua






Inilah inkubator pertama aku. Hasil dari kajian yang aku buat dari internet. Mula di gunakan pada pertengahan november hingga kini. Setakat ini telah berjaya menetaskan 200 ekor ayam kampung asli, 50 ekor puyuh, seekor ayam piru. Masih menunggu 4 biji telor itik angsa dan 30 biji telor itik telor. Badannya diperbuat daripada papan beam, cermin almari buku dan juga kayu-kayu terbuang. Berat jangan cakap.


Alhamdulillah, selepas menggunakan inkubator ini aku dapat menghasilkan lebih kurang antara 100 ke 200 ekor anak ayam sebulan. Berbanding sebelum ini menggunakan kaedah tradisional. Selalu short saja bekalan ....Insyaallah bulan 3 ni baru dibuka kembali jualan. Stok yang ada hanya untuk rakan-rakan kita yang nak sambut tahun baru cina. Depa dah order...





Inilah Reban aku atau lau ayam (bahasa kedah) yang di bina hampir dua tahun lalu. Dalam proses pengubahsuaian. Tikus koyak pukat..Terletak di atas bukit.







Ini pulak pagar sedang dalam proses pembinaan. Mula pertengahan
disember 2009, sehingga sekarang masih belum siap.







Ini pula bukanlah inkubator atau lau ayam ciptaan terbaru aku. Inilah kerja aku mengajar benda ni setiap hari..Projek hanya jalan pada hari jumaat dan sabtu juga pada hari kelepasan am.

Monday, January 4, 2010

Hasil dari inkubator


ASSALAMUALAIKUM

Saya memperkenalkan diri saya Izhar bin Ahmad, minat terhadap bidang penternakan sejak berada di IPT. Semasa di IPT saya mengambil bidang kejuruteraan Mekanikal. Buat masa sekarang saya menggunakan inkubator still air yang saya buat sendiri menggunakan termostat biasa untuk mengawal suhu. Di antara kelemahan yang ketara inkubator ini ialah mengawal suhu. Bagi mengatasi masalah ini saya telah cuba untuk menghasilkan sebuah inkubator menggunakan PIC. Bersama post ini saya sertakan contoh inkubator yang dihasilkan .........
Di bawah ini saya sertakan gambar hasil dari inkubator saya...

Burung puyuh. Menetas pada 4/1/2010


Anak ayam berusia 50 hari
Anak ayam berusia 40 hari


Anak ayam berusia 2 minggu




Anak ayam kampung berusia seminggu, Yang besar tu, anak ayam piru sulung saya yang berjaya ditetaskan.












Sunday, January 3, 2010

Setahun pemerhatian

Projek penternakan ayam kampung ini dimulakan pada ogos 2008.. dengan modal permulaan sebanyak Rm 2000 kos untuk membuat Reban dengan keluasan 30' x 16'..
Projek dijalankan di atas tanah seluas 1 ekar yang terletak di Kampung Paya Menora, Jalan Mawar, Kuala ketil Kedah.
Pada peringkat permulaan saya memasukkan 10 ekor induk betina dan sesekor jantan..
Proses pembiakkan berlaku secara tabii. Iaitu ibu ayam bertelur dan ia eram..
Wujud banyak masalah apabila proses pembiakan dilakukan secara tabii..

1) Ibu ayam mengambil masa yang lama untuk bertelur kembali. kekadang mengambil masa sehingga 6 bulan untuk bertelur kembali. Proses pembiakan kerap berlaku.
2) Ibu ayam berebut sarang untuk bertelur dan mengeram, kesannya banyak telur pecah,
ibu ayam merajuk tidak mahu mengeram apabila diubah tempah akhirnya telor rosak.
3) Ibu ayam bawa anak jauh dari pemerhatian kita, mendedahkannya kepada serangan musuh seperti biawak. ibu ayam yang tidak pandai mengawal anaknya ketika hujan, banyak yang mati kesejukan.
4) Berlaku pergaduhan di antara ibu-ibu ayam, akhirnya anak menjadi mangsa kebuluran dan mati.
5) kera mencuri telur di dalam seron ayam.
6) Tikus makan anak yang baru menetas dalam seron ayam.

Pada fasa pertama ini saya hanya berjaya membiakkan sebanyak 150 ekor sahaja ayam dalam setahun kerana banyak yang mati dan banyak telur tidak dapat di eramkan kerana berlaku perebutan.

Fasa kedua bermula OGOS 2009 saya mula mengeramkan telur menggunakan "still air inkubator" diberi oleh pelajar di bawah penyeliaan saya.

Pada peringkat ini saya dapat tetaskan telur ayam di antara 70% - 80% dengan menggunakan inkubator tersebut. Antara masalah yang diperhatikan pada peringkat awal..

1) Anak ayam mati selepas 2 - 3 hari menetas. mengalami kemurungan, menjadi kurus secara mendadak. punca anak ayam tidak pandai makan selepas 3 hari.
2) Cacat seperti kepala besar, jari cacat, kulit ayam melekat pada kulit telur, tempang.. puncanya telur tidak di dikalih dengan semperna dan suhu yang tidak sesuai.
3) Anak mati setelah berusia lebih dari sebulan, puncanya gigitan nyamuk menyebabkan mata ayam bengkak, berair dan berbau busuk serta puru yang teruk. Masalah ini telah dapat diatasi 100% dalam pertengahan november hingga kini tiada rekod anak ayam mati dan terkena puru.

kini banyak masalah telah dapat diatasi. Cuma saya masih belum mendapat ilmu bagaimana hendak mengatasi kadar penetasan yang rendah. Masih dalam kajian. Buat masa sekarang dengan sepuluh induk asal, anak fasa pertama semuanya dijual sebab bercampur dengan benih ayam hutan (kecil). kini saya dapat hasilkan anak ayam dalam lingkungan 100 - 150 ekor /bulan dengan 10 induk ibu. Separuh dijual dan separuh disimpan untuk dijadikan induk. Saya akan buka untuk jualan bermula dari fabuary. Anak ayam kampung ori saya jual diantara harga Rm 2.50 - Rm 4.00 iaitu berumur dari 3 hari ke sebulan.