Sunday, January 3, 2010

Setahun pemerhatian

Projek penternakan ayam kampung ini dimulakan pada ogos 2008.. dengan modal permulaan sebanyak Rm 2000 kos untuk membuat Reban dengan keluasan 30' x 16'..
Projek dijalankan di atas tanah seluas 1 ekar yang terletak di Kampung Paya Menora, Jalan Mawar, Kuala ketil Kedah.
Pada peringkat permulaan saya memasukkan 10 ekor induk betina dan sesekor jantan..
Proses pembiakkan berlaku secara tabii. Iaitu ibu ayam bertelur dan ia eram..
Wujud banyak masalah apabila proses pembiakan dilakukan secara tabii..

1) Ibu ayam mengambil masa yang lama untuk bertelur kembali. kekadang mengambil masa sehingga 6 bulan untuk bertelur kembali. Proses pembiakan kerap berlaku.
2) Ibu ayam berebut sarang untuk bertelur dan mengeram, kesannya banyak telur pecah,
ibu ayam merajuk tidak mahu mengeram apabila diubah tempah akhirnya telor rosak.
3) Ibu ayam bawa anak jauh dari pemerhatian kita, mendedahkannya kepada serangan musuh seperti biawak. ibu ayam yang tidak pandai mengawal anaknya ketika hujan, banyak yang mati kesejukan.
4) Berlaku pergaduhan di antara ibu-ibu ayam, akhirnya anak menjadi mangsa kebuluran dan mati.
5) kera mencuri telur di dalam seron ayam.
6) Tikus makan anak yang baru menetas dalam seron ayam.

Pada fasa pertama ini saya hanya berjaya membiakkan sebanyak 150 ekor sahaja ayam dalam setahun kerana banyak yang mati dan banyak telur tidak dapat di eramkan kerana berlaku perebutan.

Fasa kedua bermula OGOS 2009 saya mula mengeramkan telur menggunakan "still air inkubator" diberi oleh pelajar di bawah penyeliaan saya.

Pada peringkat ini saya dapat tetaskan telur ayam di antara 70% - 80% dengan menggunakan inkubator tersebut. Antara masalah yang diperhatikan pada peringkat awal..

1) Anak ayam mati selepas 2 - 3 hari menetas. mengalami kemurungan, menjadi kurus secara mendadak. punca anak ayam tidak pandai makan selepas 3 hari.
2) Cacat seperti kepala besar, jari cacat, kulit ayam melekat pada kulit telur, tempang.. puncanya telur tidak di dikalih dengan semperna dan suhu yang tidak sesuai.
3) Anak mati setelah berusia lebih dari sebulan, puncanya gigitan nyamuk menyebabkan mata ayam bengkak, berair dan berbau busuk serta puru yang teruk. Masalah ini telah dapat diatasi 100% dalam pertengahan november hingga kini tiada rekod anak ayam mati dan terkena puru.

kini banyak masalah telah dapat diatasi. Cuma saya masih belum mendapat ilmu bagaimana hendak mengatasi kadar penetasan yang rendah. Masih dalam kajian. Buat masa sekarang dengan sepuluh induk asal, anak fasa pertama semuanya dijual sebab bercampur dengan benih ayam hutan (kecil). kini saya dapat hasilkan anak ayam dalam lingkungan 100 - 150 ekor /bulan dengan 10 induk ibu. Separuh dijual dan separuh disimpan untuk dijadikan induk. Saya akan buka untuk jualan bermula dari fabuary. Anak ayam kampung ori saya jual diantara harga Rm 2.50 - Rm 4.00 iaitu berumur dari 3 hari ke sebulan.

No comments:

Post a Comment