Saturday, February 20, 2010

Perkembangan terbaru projek

Ini baka ayam sabung yang berjaya aku tetaskan 3 bulan yang lalu. Berat 1.6 kg. Aku nak simpan baka ni sebagai induk.
Ini pula baka ayam piru aku. Asal 11 ekor, mati dua ekoq. Mata bengkak dan berair...bermacam-macam ubat aku sapu tapi tak berjaya. Depa kata kena ketiq dengan nyamuk. Sampai sekarang ayam piru aku, ni masih tidur dalam kelambu. Ayam piru aku ni lebih jantan dari betina. Jawabnya jadi lauk raya tahun ni..lah


Ini pula baka ayam "kampung melayu" yang aku ada. Baru umur setahun.


Ini pula acara menimbang besen, Ayam ni pakat pulun nak makan bihun yang direbus bersama dengan ikan temenung. Kalau tak campur ikan, macam kucing tengok nasi tak berlauk. Pakat tak layan.


Ini pula pagar ayam aku, baru 60% siap. Maklumlah buat kerja sorang-sorang hujung minggu pulak tu. Kalau kau orang perasan, projek ayam aku ni berada di atas bukit. Apabila kita lihat sekeliling, nampak bumbung rumah orang.



Anak ayam yang telah besar, aku masukkan kedalam reban utama campur sekali dengan ayam yang dah besar. Aku nak ajar ayam ni agar pandai berdikari mencari makanan dan berebut makan dengan ayam yang dah besar.


Ini pula acara lompat tinggi oleh si dogeng dan dogiang. Aku beli anak yang baru menetas dari ketua kampung. Rm 2/ekor. Hidup semua tiga ekor. Ayam ni aku kurung, sebab suka cari gaduh. Kalau lepas, siap kena lumur badan dengan minyak gamat jawabnya, habis calar balar badan.


Ini pula anak ayam yang berusia lebih dari 2 minggu. Aku letakkan dalam reban asuh dimana lantainya aku letakkan pasir, berjarin nyamuk dan lampu tidak dipasang.
Ini pula anak ayam yang kurang dari 2 minggu. Aku letakkan dalam reban asuh yang mempunyai lampu, berjaring nyamuk dan lantai berpasir. Aku masih mengkaji lantai berpasir samada sesuai atau tidak.

Ini pula anak ayam yang lebih dari tiga hari. Aku letakkan dalam brooder diluar rumah, supaya ia mendapat udara segar dari luar. Aku dapati kes sebelum ini, apabila aku membiarkan anak ayam ni berada terus dalam rumah, aku tengok ia menjadi semakin lemah, berak kapor dan lambat besar.
Ini pula itik jawa yang berjaya aku tetaskan, 11 ekor semuanya. Aku juga telah berjaya menetaskan itik angsa sulung pagi tadi. Posting akan datang aku akan ceritakan tentang itik angsa pula. Buat masa sekarang aku masih belum dapat menjual secara terbuka kerana kekurangan induk. Lagipun buat masa sekarang aku mempunyai pelanggan tetap membeli, anak ayam yang berusia sebulan setiap minggu. Aku jual RM 3.50 /ekor. Kalau ada kawan - kawan yang berminat nak berkongsi pengalaman bolehlah hubungi aku melalui 019-5980783/019-5980784











No comments:

Post a Comment