Wednesday, March 3, 2010

Mendidik anak ayam

Anak ayam yang baru menetas dari inkubator memerlukan penjagaan yang rapi, seperti mana ibu ayam menjaga anak - anaknya. Kegagalan kita menyediakan persekitaran yang sesuai akan menyebabkan terencat pembesarannya serta meningkatkan kadar kematian. Di menorafarm ujian sedang dijalankan ke atas 100 ekor sampel anak ayam yang menetas dari inkubator. Ujian dijalankan bermula 1/3/10 dan berakhir pada 1/4/10. Objektif ujian ini ialah untuk mendapatkan satu kaedah penjagaan anak ayam yang bersistemmatik serta sifar kematian.
Antara pemerhatian yang dilakukan:
Sebanyak 45 ekor anak ayam diletakkan dalam satu booder seluar 2 X 3 kaki persegi selama seminggu. Selepas seminggu hanya dua ekor yang mati dan dua ekor lagi sedang monyok. Dedak dan air dibiarkan 24 jam berada dalam booder. Vitamin pula diberikan apabila anak ayam berusia lebih dari seminggu, dicampurkan dengan air tanpa klorin. Dedak dan berat anak ayam ditimbang setiap hari. Selepas seminggu anak ayam ini akan dipindahkan pula ke booder yang lebih besar, berlantaikan pasir serta terdedah kepada cahaya matahari pada waktu pagi. Lampu hanya dipasang pada waktu malam.
Kaedah kedua pula dilakukan dengan meletakkan hanya 10 ekor sahaja anak ayam dalam setiap booder yang dipasang lampu 15 watt. Anak ayam yang berusia lebih dari tiga minggu akan dicampukan sekali. Kaedah ini menampakkan hasil yang lebih memeberangsangkan. Pembesaran anak ayam lebih cepat, cerdas dan sasaran sifar kematian dapat di capai.
Anak-anak ayam yang berusia sebulan akan dilepaskan ke tanah. Selepas berusia 6 minggu anak-anak ayam ini akan dicampurkan bersama dengan ayam-ayam dewasa yang lain. Kaedah ini didapati anak ayam cepat membesar, berani, cerdas dan mempunyai daya tahan yang tinggi. Gambar di bawah menunjukkan anak-anak ayam yang telah berjaya melepasi zon umur kritikal.






No comments:

Post a Comment